- Gagasan 1 Malaysia menganjurkan nilai-nilai yang mampu membantu mengukuhkan perpaduan nasional . Nilai-nilai ‘inclusive’ diterapkan dalam masyarakat Malaysia dalam membina sebuah nation-state atau sebuah negara Malaysia.
- Gagasan 1 Malaysia menganjurkan buday hidup bahawa walaupun agama, budaya, cara hidup dan keutamaan pelbagai kaum di Malaysia berbeza-beza, mereka perlu mendekati sesuatu isu daripada perspektif “Malaysian”.
- Gagasan 1 Malaysia menekankan pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara.
- Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan malah menyuburkan cara hidup harmonis antara kaum. Setiap anggota dalam masyarakat berbilang kaum perlu menganggap dirinya sebagai seorang ahli dalam satu keluarga besar ‘keluarga Malaysia’.
Hakikat gagasan satu Malaysia
Posted by Budak Baik at 00:24
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 OhMakKau:
Post a Comment