BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SAHUT

SM Sains Hulu Terengganu




MOTO
Gemilang Terbilang

COGAN KATA

SAHUT Gemilang Terbilang


VISI
SAHUT Gemilang Terbilang Bertaraf Dunia

MISI
Memperkasakan potensi individu melalui pendidikan berkualiti 
dalam melahirkan pemimpin bertaraf dunia .

NILAI BERSAMA SAHUT
  • Setiakawan
  • Amanah
  • Hormat 
  • Unggul 
  • Takwa
Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) terletak di Kg Tajin, 8 km dari pekan Kuala Berang, Hulu Terengganu. SAHUT telah dibangunkan di atas bekas tapak Padang Ragut Jabatan Veterinar Terengganu yang mempunyai keluasan tanah seluas 40 ekar, 25 ekar telah dibangunkan dan 15 ekar tanah masih belum dibangunkan.

Projek pembangunan SAHUT adalah di bawah Rancangan Malaysia ke- 8 bermula tahun 2008 hingga 2010 yang bernilai 46 juta secara “Projek Rundingan Terus Kerajaan.” Sekolah ini diserahkan oleh syarikat Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) dan Jas Badi SDN BHD (JBB) kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 26 Oktober 2010.

SUARA SAHUT

Inilah sekolah yang tercinta
Di tanah pejuang sultan bermula
SAHUT megah harum berjasa 
Membimbing satria menggapai cita

Kami hormati guru mulia
Budi jasamu tiada tandingnya
Mendidik membina kami semua
Buat bekalan hidup dewasa

Kamilah perwira taat berbakti
Penuh semangat pemimpin sejati
Untuk nusa bangsa ibu pertiwi
Itulah janji generasi bestari

Ya Alllah yang Maha Kuasa
Berkatilah usaha kami semua 
Gemiilang Terbilang kami berdoa
Moga SAHUT terus berjaya