BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Cara menghilangkan mengantuk

  • Pergila ke bilik air dan basuh muka anda . kalau masih ngantuk lagi try masuk tandas wanita dan pastikan teman sekerja wanita anda menegur anda  sure lepas tu korang rasa malu then terus tak rasa mengantuk dah.
  • Sediakan satu gelas air sejuk dan letakkan di hadapan meja anda . Kalau anda rasa mengantuk amiklah air sejuk tersebut dan curahkan ke muka anda, sure lepas tu anda akan segar heheh….
  • Letakkan pembaris (kayu lebih baik) berukuran 25-30 cm di dagu anda di atas meja, namun jangan lupa pilih tempat duduk yg jauh dari bos anda atau depan guru. Bila anda mengantuk dan tak dapat menahan mata , aku sure anda pejam mata pon bos atau guru anda tidak perasan anda terlelap. Dengan satu syarat bos/guru anda memiliki mata yang rabun.
  • Dengan 2 batang mancis, sendalkan mata anda (tidak disarankan kerana sangat berisiko)
  • Bila cara cara diatas tidak berhasil, anda boleh mencuba cara yang mujarab. Pura-puralah anda menjatuhkan pensil atau pen ke bawah meja dan tidurlah di bawah meja, asal semua orang tidak tahu anda dapat tidur dengan aman. tetapi sekali lagi dijamin cara ini kurang mujarab jika anda orang penting di pejabat anda

Pertandingan Pembinaan Blog Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Daerah

Pada 2 November 2011..
SMS Hulu Terengganu telah menyertai pertandingan blog peringkat daerah di bawah bimbingan dan kaunseling daerah Hulu Terengganu..
Selain blog, SAHUT turut mengetengahkan video korporat dan laman Facebook .

Pertandingan ini diadakan di PKG Kuala Berang .

 Doakan kejayaan kami . Amin :)

Khidmat bakti

Pada minggu lepas, Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu telah menjalankan aktiviti khidmat bakti di bawah Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di Masjid Kampung Telaga. Seramai 98 orang pelajar telah terlibat dalam aktiviti ini.Aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Membersih kubur
  • Membersih masjid
  • Membersih sekeliling masjid
Aktiviti ini diadakan dengan lancar, Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk menerapkan sikap pelajar agar saling tolong-menolong.Banyak pengalaman berharga yang kami perolehi.. Selain itu, ia menambahkan lagi sikap setiakawan.

1st SAHUT Outdoor Leadership and Management Programme


Baru-baru ini SM Sains Hulu Terengganu™ telah mengadakan 1st SAHUT Outdoor Leadership and Management Programme© pada 27-30 September 2011 di Kem Damai,Besut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai semangat setiakawan dan kerjasama serta berdikari dalam diri para peserta. Program ini dianjurkan di bawah Badan Disiplin SAHUT. Kem ini merupakan khas untuk pelajar Tingkatan Dua dan kem pertama yang diadakan di luar sekolah oleh SAHUT. Seramai 95 orang peserta dan 11 orang guru pengiring yang menyertai kem ini. Semua peserta menginap di dalam khemah sepanjang kem 4 hari 3 malam ini.Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti contoh :

  • Malam Jejak Bintang
  • Malam Sinar Bulan
  • SAHUT Gemilang Terbilang
  • Kembara Rimba di Bukit Keluang
  • Asas Ikhtiar Hidup
  • Survival Bandar
  • Pengurusan Kem – Khemah
    - Dapur

Berikut merupakan gambar-gambar yang berjaya dirakamkan sepanjang program berlangsung.

























Pada malam kedua, suatu perkara yang tidak disangka-sangka oleh para peserta telah berlaku. Majlis menyambut hari lahir semua peserta diadakan. Para fasilalitator membuat gimik dan kejutan kepada peserta . Gambar-gambar ketika majlis adalah seperti berikut :







Kem ini berakhir dengan majlis penyerahan hadiah untuk setiap kumpulan dan anugerah-anugerah khas kepada peserta. Pelajar terbaik lelaki ialah Mohd. Afiq Dhamiri dan pelajar terbaik perempuan ialah Nor Amalia Ezatty.

Harapan para peserta agar program seperti ini dapat diadakan lagi. Semua peserta memberikan respon yang positif mengenai kem ini. Kebanyakan peserta merasakan tidak mahu pulang dari program. Terlalu banyak pengalaman manis yang amat sukar untuk dilupakan peserta meskipun banyak kesukaran yang dihadapi oleh mereka sepanjang program seperti ribut yang menumbangkan tiang seri khemah pusat dan ketiadaan elektrik. Semua peserta meninggalkan kem dengan berat hati namun cukup gembira. Para peserta mendapat sehelai T-shirt percuma tajaan Badan Disiplin. Sehingga hari ini, para peserta Tingkatan Dua berasa sangat bangga memperagakan T-shirt tersebut.


Kenangan bersama batch FIRST SAHUT . Selamanya dikenang . :)

Happy Birthday!!!

Selamat petang!
Hari ni saya nak buat special pengunguman!
Untuk pengetahuan anda semua!
Hari ni 1 November 2011..
Merupakan ulang tahun SAHUT, sekolah kami yang pertama!
Semoga sekolah ini kekal dengan lebih lama dan prestasinya meningkat sama ada kurikulum ataupun kokurikurlum! Walaupun sekolah ini baru dibuka tetapi banyak kenangan yang saya dapati dari sekolah ni.. Suka duka kami berkongsi bersama!