BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sayangi keluarga



Asalammualaikum
Dan
Salam sejahtera...
Topik hari ni.....

Semua orang mesti ada keluarga.... Tapi ada sesetengah orang yang malang tiada keluarga pun... Jadi hargailah keluarga anda... Ada sebuah kisah yang akan saya ceritakan kepada anda semua tentang sebuah kisah. Mesti lah kisah benar... Berdasarkan cerita ini kita boleh jadikan sebagai iktibar dan dorongan...
 Nadzira mempunyai seorang bapa dan ibu.. Tapi perangai ayahnya bukan seperti keluarga normal yang lain. Dia seorang pemabuk, kaki pukul dan panas baran.. Ibunya sering dijadikan mangsa amarahnya. Kadang-kadang Nadzira terpaksa melindungi ibunya.. Suatu hari, hari yang akan mengubah segala-galanya..
“Ayah! Sudah la! Jangan pukul ibu!”,jerit Nadzira.”Sana! budak sial! Belajar bukan pandai sangat pun! Kewujudan kau kat sini menambahkan beban aku je!”, marah ayahnya. Nadzira terpana dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya. Memang dia di sekolah bukannya bagus sangat pun. “Nak.. Mari ikut mak.. mak tak sanggup tengok Ika asyik kena marah dengan ayah..”, perintah ibunya. Mereka melarikan ke negeri lain. Sejak perstiwa tersebut, Nadzira telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya. Dia telah diterima ke sekolah yang terkenal.. Keputusan yang bagus! ?PMR 9A.. SPM 7At 3A... “Aku akan balas jasa mak!”, tekad Nadzira.. Setelah tamat fadalam jurusan undang-undang dari Universiti Al-Azhar... Nadzira pulang untuk menemui emaknya semula.. “ Mak! Ika dah balik!”, jerit Nadzira setelah sampai di perkarangan rumahnya.. Dia terkejut  melihat ibunya sedang menangis. “Kenapa ni mak?”, tanya Nadzira. “Ayah kamu datang.. Dengan ibu kamu yang baru... Diorang nak beritahu berita gembira yang.... Mereka akan dapat anak”, luah ibunya. “takpe mak! Sekarang mak ada saya!, saya kan pastikan mak hidup dengan senang!”.. Sekarang mereka hidup dengan mewah.. Manakala ayah dan ibu tirinya ditangkap kerana memiliki dadah..


Kan! Kalau kita cuba cari bahagia tu dengan berusaha pasti kita akan jumpa!

Minggu Peperiksaan

Arrggghhhhhh!!
Periksa dah dekat...
Sekarang ni semua pelajar dah dekat dengan periksa... Sama ada akan buat atau sedang buat.. Lagipun periksa SPM PMR dah dekat... Pelajar-pelajar jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran... Banggakan ibu bapa anda.. Balas jasa mereka.. Ingat jasa mereka.. Jangan sekarang nak dekat-dekat periksa masih nak main-main lagi.. Lebih-lebih lagi kalau periksa besar macam PMR dan SPM... Pelajar-pelajar lain pun jangan lupa periksa.. SPM tu bermulanya segala-gala usaha untuk mendapat kerja... Dan untuk pelajar yang tak dapat cemerlang UPSR... PMR tu peluang kedua untuk buktikan kat ibu bapa dan guru-guru.. Jadi ulangkaji elok-elok.. Sebelum tu, mintak maaf dulu dekat orang yang awak dah buat dosa.. Usaha tangga kejayaan!!

Berpakaian tapi telanjang

Hello...
Dan salam.....
Topik kita hari ni .....
Yang selalu berlaku di kalangan remaja....
Berpakaian tapi telanjang..






 

Remaja zaman sekarang gemar mengenakan pakaian yang kononnya sopan tetapi hakikatnya seksi dan mencolok mata.. Terutamanya remaja perempuan.. Ia memang merupakan gaya zaman sekarang.. Tetapi banyak keburukannya.. Contohnya, nafsu lelaki akan naik melihat perempuan berpakaian seksi.. Biarlah atas kelihatan sopan.. Tetapi kaum lelaki? Siapa yang tahu.. Kes rogol juga akan meningkat.. Lagipun kurang enak juga kalau lihat gadis-gadis berpakaian begitu.. Banyak fesyen yang lain yang boleh kelihatan lebih bergaya.. Jadi remaja! Beri perhatian dengan cara berpakaian... Sekian..

katak mati dilanggar



kejadian ini boleh dijadikan iktibar untuk semua mat rempit atau bakal mat rempit.

Belia benci dadah


Hello!!
Hari ini kita akan mengambil iktibar tentang

Trend remaja sekarang ni ialah ecstacy,heroin,hidu gam dan perkara lain yang berkenaan dengan dadah.. kebaikan yang kita dapat hanyalah sementara tapi keburukan yang lama.. semua orang tahu yang dadah banyak keburukannya... Contohnya penyakit HIV.. Penyakit ni boleh dijangkiti dengan pertukaran jarum sesama penagih... Sehingga sekarang , penyakit HIV tiada penawarnya. Hubungan keuarga juga akan renggang... Siapa yang suka apabila mengetahui ahli keluarganya mengambil DADAH?? Kalau wujud pun... Mungkin  mereka terpaksa hanya kerana untuk menjaga kepentingan  ahli keluarga.. DADAH juga boleh menjerumus kita ke lembah kegelapan.... Macam, kalau kita ambik DADAH, kita boleh dikenakan tindakan undang-undang.. Seperti gantung, Sebat dan penjara... Ee.... Takutnya.. Kalau kita masih kekalkan lagi perangai kita.. Macam mana Malaysia nak capai bebas DADAH tahun 2015.. Jika penagih hendak insaf.. Apa yang mereka perlu ada KESABARAN,KETABAHAN dan SEMANGAT!! Di samping dapat bimbingan dari orang lain.. Seperti kauselor dan kami!! Ingatlah!! Jauhi DADAH!! HIDUP ANDA PASTI LEBIH BERMAKNA..

Pergaulan bebas

Asalammualaikum
dan
Good evening
mutiara kata kita untuk hari ini ialah...



Tengok Malaysia sekarang ini, kes pembuangan bayi semakin meningkat!! ish6x... Ini disebabkan oleh pergaulan bebas yang melampau sesama lelaki dan perempuan.. Tambah lagi kalau mak ayah tak jaga anak, tak bagi didikan untuk anak.. Lepas tu, anak-anak dapat kurang perhatian dan mereka cuba cari sesuatu untuk menghiburkan diri mereka.... Lepak, pergaulan bebas, clubbing...Dan bila dah dapat baby mula nak gelisah.. Ingat la wahai kaum hawa, jaga diri kita.. Jangan percaya dengan janji-janji manis lelaki.. Kalau dia betul-betul cintakan kita... Dia sanggup kawin dengan kita... Tapi bila kita dah mengandung!! Mana diorang? Diorang ada jaga kita ke? Tidak.... Dan bila kita tak berfikir dulu... Kita buang bayi tu.... Takkan la kita nak tengok kes buang bayi meningkat kat negara kita.. Jadi fikir-fikir la dulu sebelum membuat tindakan..



Jadi ingatlah , hentikanlah zina atau perkara yang sewaktu dengannya..